
Entah lah. Kerjaya adalah alam yang sebenarnya bagi manusia, iaitu suatu tahap puncak kematangan dalam mengharungi liku-liku hidup. Ini mungkin satu imaginasi yang aku rasakan semua orang berimaginasi yang sama.
Walaupun belum berkerjaya sepenuhnya, tetapi aku sudah merasai betapa perlunya kekuatan untuk menanggung beban kerjaya itu. Jika tidak berkerjaya, hidup tidak berguna ibarat mancis yang tidak menyalakan lilin.
Semalam mengikut majlis penutup program bina insan untuk pelajar (selected) kedah di mesir, Datuk Bandar Alor Setar sering mengucapkan perkataan versatile. Katanya kena serba boleh. Tauk (tinggal) di mana pun hidup.
Macam tu jugak la kita ni, nak berkerjaya memang lah ikut kelulusan, tapi tak semata-mata ikut kelulusan itu, yang paling menyumbang dalam faktor kerjaya kita adalah cara kita, sebab kekadang kerjaya kita tu lari jauh dari bidang kita, jadi versatile tu lah kita boleh survive dengan kerjaya tu.
Lani selalu orang sebut integriti, kompetensi, kompetatif, leadership dsbnya tu memang sangat-sangat perlu dalam kerjaya. Tapi, dalam mengaji pun macam tu jugak perlunya, tapi dah orang tak selalu sebut time mengaji ni, jadi perkataan2 tu popular time keja ja lah. Makna2 semua tu aku pun tak tau lah sgt, tapi yang agama kita habaq amanah ja. Dah ada amanah tu insya Allah wat keja pun betoi la.
Huh.. lepas ikut program bina insan tu macam esok tu nak pi cari keja terus. tapi wat cam na dah dok tang ni. Kena ikut jalan sini dulu la. Insya Allah, setapak ja lagi nak masuk kerja.
Salam
