Pagi tadi Shahid, kawan se’naemy’ datang ke bilik saya. Mesej menarik dia sampaikan adalah satu kelompok siswi-siswi yang sangat proaktif. Saya mengambil sikap positif terhadap apa yang dia ceritakan.
Mereka merancang sebuah program di luar dewan, berjauhan dari tempat tinggal, perlukan pengangkutan untuk sampai dan memerlukan ketabahan dan semestinya bantuan siswa. Apa yang menarik, part ‘bantuan dari siswa’ tidak diperlukan. Maksudnya kelompok siswi demikian bukanlah tidak mementingkan peranan siswa, tetapi kerana sikap yang proaktif dan mahu belajar dan mencuba dengan kemampuan sendiri, segala yang dirancangkan berjalan dengan sempurna. Bermula dari survey tempat tinggal, pengangkutan, pengurusan program, kewangan dan kemudahan semua diselesaikan oleh mereka, maksudnya kerja-kerja awal sebelum program bermula.
Saya melihat, sikap proakif mereka ini semestinya dicontohi oleh kelompok siswi lain. Siswi tidak boleh mengharapkan bantuan 50% dari siswa, tetapi boleh mengurangkan beban siswa 50% untuk membantu mereka. Saya rasa itulah siswi yang proaktif. Sebab itulah mereka layak menjadi pengarah program dalam satu-satu hal.
Sepanjang saya berada dalam persatuan, itulah pertama kali saya melihat betapa proaktifnya mereka. Berani mencetuskan idea, merancang program, melaksanakan aktiviti yang kekadang saya sendiri tak mampu lakukan.
Saya rasa kuncinya adalah team work dan leadership. Jika semua ahli jawatankuasa setiap program atau persatuan itu memahami, tiada seorang pun akan mengeluh, aduhai ‘aku lah sorang-sorang yang buat kerja, letihnya’.

Gambar dari http://www.vijayforvictory.com/tag/office/page/2/
[Reply]
Ar-rijallu qawwamuna alan nisa’…
[Reply]