Semoga Allah memberkati Engkau. Itulah ungkapan yang selalu kita dengar dari mulut orang Mesir sebagai ungkapan memuji kita dalam masa yang sama mendoakan untuk kita.
Sebagai seorang kawan, saya ingin mengucapkan ‘alf mabruk’ atas kejayaan rakan saya ‘taqeyyabella‘ menghasilkan karya sulung bertajuk Al-Fatihah Menyusun Struktur Perasaan dan Fikiran Insan. Sebuah buku walaupun nampak simple tajuknya, tapi besar peranannya.
Sebagai muslim, surah Al-Fatihah telah dipilih oleh Allah taala untuk dijadikan rukun dalam setiap solat, semestinya mengandungi di dalamnya pelbagai kandungan tersirat. Hasil pemahaman sebenar dari ayat-ayat suci itu, terdampak pada amalan kehidupan muslim seharian. Pokok pangkalnya Al-Fatihah itu adalah kunci.
Saya menyatakan penghasilan itu bukan suatu permulaan bagi beliau kerana amalan penulisan sudah beliau cungkilkan melalui blog. Namun ia adalah satu peralihan dari tulisan maya kepada tulisan real sehingga terciptanya karya. Dari pengamatan kepada suatu hasil penyelidikan. Dan dari pengalaman kepada satu catatan.
Tahniah juga kerana buku tu berjaya masuk TV. Orang tu gerenti dah masuk kalau bukunya masuk.
Saya mendoakan dengan peralihan ini mampu memberi satu inspirasi kepada semua kawan beliau untuk terus berbakti melalui penulisan ini.
Anas

