January 22nd, 2012 » anasxz

Sebagai bekas penuntut di universiti, saya sendiri merasakan perlunya kepada beberapa keperluan untuk meneruskan kehidupan, seperti kejayaan mendapat segulung ijazah, kereta, kerja, rumah dan juga perkahwinan.
Tetapi adalah semua mustahil untuk saya capai? tak mungkin dan tak mungkin sekali. Kebanyakan rakan-rakan saya telah memilik semua itu. Bahkan orang lain juga. Ada cara senang untuk dapatkannya ada cara yang susah. Apa yang penting ia tetap dapat.
Tetapi adakah kita ada bercita-cita untuk mendapat sebuah masyarakat yang baik? sudah pasti semua orang inginkan kepada sebuah masyarakat yang baik bermula dari ahli dalam rumah hinggalah kepada ketua negara.
Semua ingin begitukan?
Itulah perjuangan yang paling sukar sebenarnya iaitu merubah masyarakat. Bukan untuk mendapatkan segulung ijazah bagi seorang penuntut di universiti itu yang susah. Bukan untuk mendapatkan sebuah kereta itu adalah suatu yang susah.
Tetapi apa yang lebih susah adalah selepas mendapat pendidikan di universiti adalah ingin menaburkan jasa kepada masyarakat sehinggalah keadaan masyarakat itu merubah.
Biarpun ia tidak mustahil, tetapi tidak semua orang boleh dikatakan berjaya dalam hal ini.
Ustaz cara ustaznya. Doktor cara doktornya. Terpulang kepada cara masing-masing untuk merubah masyarakat berdasarkan kepakaran yang ada.
Renung-renungkan dan selamat beramal (huhu~! )
Idea Dr Zaki Zamani (GPMS Kuala Kedah)
January 3rd, 2012 » anasxz
Allah wujud (1)
Kita pernah rasa angin. Bila kita tutup kipas, kita tak akan berasa anginnya. Bila kita on kipas, angin akan terasa. Betul tak kita rasa angin tu?. Kalau tak rasa alamatnya tak lama.
Ok baik. Kita rasa kan. Sebab apa kita rasa. Sebab kita percaya dan yakin serta beriktiqad bahawa angin itu sebab lepas kipas buka ada angin keluar.
Sekarang apa yang kita yakin itu kita rasa sendiri. Tiada siapa yang dapat bantah dengan apa yang kita yakin.
Jika tiada angin, kita tidak akan merasa angin tu dan semestinya kita tak akan yakin adanya angin.
Tapi apa sebabnya kita percaya padahal kita yakin bahawa angin itu tidak nampak? Macam mana kamu percaya? jawapannya adalah kamu rasa.
Sebenarnya begitulah Allah, kita rasa yakin dan percaya dengan sepenuh hati wujudnya Allah. sebab itu kita tidak akan rasa Allah tiada jika kita tidak nampak-Nya.
Sambung ke siri 2
October 18th, 2011 » anasxz

Apa hal ni tok imam?. sapa jemaah yang sedang mengambil wudhuk di sebuah kolah masjid.
Apa ke helnya?. Tok imam beralih pandangannya dari tongkat motor.
Ni kolah, ada buat ternak ikan karin ka?. Jemaah tu buat ayat dalam.
Setelah puas berbual. Tok imam terus melangkah masuk masjid untuk menunaikan solat zohor. Jemaah berkenaan turut sama mengikuti.
Selesai solat. Jemaah itu terus senteng tangan baju melayunya dan terus mengambil berus dan memberus kolah tersebut yang hijau berlumut bak kolam ternakan ikan hiasan.
Moral: Jangan tunggu orang lain ubah. Diri sendiri yang mengubah.
Kita boleh merubah orang lain tetapi dengan cara mengajak, bukan dengan menghukum.
June 10th, 2010 » anasxz
Judi. Sudah jelas Allah taala terangkan dan minta dijauhkan. Begitu juga zina. Allah taala minta jangan dekat. Itu menunjukkan, jika pegang lagilah tidak dibolehkan.
Berbalik isu kebelakangan ini. Aku memikirkan untuk cari alasan untuk membuatkan judi dibolehkan di Malaysia. Tapi, meleset. Banyak alasan tidak kuat berbanding alasan tidak boleh.
Mudarat yang lebih ringan berbanding 2 mudarat yang dibentangkan.
Jika judi tidak dilesenkan, kemungkinan judi tidak dapat dikawal dan akan kegiatan judi akan lebih berleluasa. Itu lebih membahayakan kerajaan dan juga masyarakat. Jika judi dilesenkan, kegiatan judi dalam dikawal selain kerajaan akan dapat duit cukai hasil lesen judi yang dikeluarkan kepala pengusahanya. Ini akan menguntungkan kerajaan dan juga masyarakat.
Hasil cukai kegiatan judi menjadi kemasukan kepada negara. Jika negara kurang kemasukan, ekonomi negara akan meleset. Ia menyusahkan negara dan juga masyarakat.
Jadi, lebih baik dilesenkan berbanding tidak dilesenkan.
Menolak pendapat di atas;
Mana lebih baik? Hasil yang banyak tetap haram dari hasil yang sedikit tetapi halal.
Negara dan masyarakat porak peranda kerana punca-punca kemasukan negara adalah hasil yang haram.
Walaupun hasil banyak, tapi tidak berkat. Apa boleh buat? Biarlah sedikit, tetapi berkat.
Tiada hasil dari cukai Judi bukan penyebab kepada melesetnya ekonomi dan berleluasanya kegiatan judi.
Setakat ini aku dapat fikir yang tu sahaja.
April 25th, 2010 » anasxz
Memang sangat-sangat bertepatan dengan apa yang Allah taala bagitau kepada kita semua orang Islam supaya menjaga diri dari terjebak ke lembah yang boleh membawa diri kita ke neraka.
Fokus yang Allah taala tekankan di sini ialah tahap dan proses untuk mula menjaga itu, maksudnya menjaga agar sentiasa taat kepada perintah Allah taala, melaksanakan tugas sebagai hamba, mengikuti arahan dan menjauhkan larangan.
Memang senang nak cakap ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Tetapi itu bukan isu yang nak dibawakan di sini. Isunya adalah permasalahan sosial yang melanda masyarakat sekarang sememangnya boleh diatasi berdasarkan ayat yang Allah taala sebutkan dalam Al-Quran, yang bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
Zahir ayat menunjukkan arahan supaya kita menjaga diri kita dan keluar dari terjebak dalam perkara-perkara yang boleh mendurhakai Allah taala sehingga Alla taala mencampakkan diri kita ke dalam api neraka di Akhirat kelak.
Jadi tanggungjawab itu terpikul di atas siapa, jika Allah taala sebut ‘diri kamu dan ahli keluarga kamu’? Semestinyalah kita akan dapat membayangi bahawa diri itu sebagai ketua keluarga dan ahli keluarganya termasuklah anak isteri dan jiran tetangganya atau yang tinggal di bawah satu bumbung rumahnya.
Jadi boleh dikatakan, masalah sosial hari ni bukan bermula dari luar, banyak bermula dari dalam rumah itu sendiri. Banyak persoalan yang dapat ditimbulkan
1) Rezeki halalkah yang dibawa balik oleh suami isteri untuk dimakan oleh ahli keluarga?
2) Syariat Allah taala ditegakkankah kepada ahli keluarga atau tidak?
3) Komunikasikah ibu bapa dengan ahli keluarga mereka?
February 23rd, 2010 » anasxz
Persekitaran kita terdedah kepada pelbagai maklumat dan informasi. Sudah tentu minda dan fikiran juga akan sentiasa berfikir kepada perkara yang macam-macam halnya. Satu topik yang pelbagai itu adalah bicara hal orang.
Kita tahu mengata yang tak baik tentang sesorang itu di belakangnya mengumpat. Namun itu lah satu-satunya modal untuk kita terus sembang bersama kawan dan kenalan ketika makan bersama dan menjadi harapan ianya agar sentiasa bersambung-sambung persembangan itu. Tidaklah 100 peratus itu berkenaan mengumpat, tetapi seolah-olahnya begitu.
Pelbagai isu san qadiyah semasa diutarakan. Alhamdulillah jika ada seorang yang membalas begini “sudahlah, kita pun bukan boleh fikir sangat bab-bab tu, kita buat kerja kita saja, jalankan tugas kita, nak ikut arus diorang memang kita tak boleh, eloknya teruskan kerja”. Itu penamat bicara mungkin.
Sebagai manusia, masing-masing ada keaiban, tidak ada manusia yang tiada kecacatan, eloklah masing-masing menyimpan aib masing-masing dan masing-masing tidak membuka aib masing-masing dan orang lain.
Oleh sebab itu, dalam Islam perbuatan mengumpat itu diumpamakan memakan daging orang yang diumpatnya itu. Jijik kan?
Sekadar pendapat dan peringat buat diri ku yang lupa. Kan?