ibu pejabat polis tanta, sebelahnya yg kotak tu pejabat imigrisen lama.. dah renovated
Semalam, selepas tamat perlawanan bola sepak antara Man U dan Aston Villa baru lah perbincangan kitab Balaghah tahun 3 bermula. Alhamdulillah, kelas kali kedua malam tu dapat difahami. Malam ketiga ditunda kerana memberi laluan penyokong Man U untuk berhempas pulas pula untuk membalas dendam Aston Villa dengan menyewa padang untuk mereka berentap sesama mereka. Alhamdulillah, tiada pergaduhan dan ketegangan yang berlaku. Itu yang kita mau.
Hari Ahad bagi aku cuti, tapi kelas untuk subjek lain bagi tahun 4 tetap ada, tapi kenapa tak nampak muka Melayu? Biasa lah, subjek Bahasa Inggeris dan Bahas, jarang nak dipedulikan.

