Saturday, 11th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Tahun Baru 1430 Hijrah & 2009 Masihi

Telah berlalu hari untuk kita berada di Tahun 1429 hijrah. Pelbagai kisah antara kita yang berlaku, masam manis, pahit masin, segalanya mungkin tercatat dalam blog ini dan sesetengahnya tersimpan dalam memori.

Hari-hari di Tahun 1429 bersama 2008 membawa penuh makna walaupun bersulam kisah pahit. Namun Ogos mengubati dengan pengumuman keputusan peperiksaan. Itu kegembiraan terbesar. Alhamdulillah.

Tiada apa-apa kenangan dan ceritera yang patut dinukilkan di sini untuk review tahun 1429 dan 2008. Mahu cerita dan kenangan itu hapus begitu sahaja dan kurang perlu dikenangkan. Hanya ambil sebagai iktibar dan sempadan.

Akan datang, cabaran lebih besar. Tanggungjawab untuk diri sendiri, untuk rakan-rakan, untuk ABIM Mesir, untuk JKP DMAK, untuk ISEK, untuk JPMK, untuk NNE Network dan paling penting untuk Al-Azhar.

Salam 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.
Anas,
Tanta, Egypt

3 Komen

  1. arynet :

    Salam Tahun Baru Hijrah 1430.. Semoga berjaya..

  2. anasxz :

    salam kembali.. sama2 berjaya.. amin..

  3. Kak Imah :

    Muga2 Thun baru ni merupakan tahun terakhir Anaz di bumi Firaun..ahaks!

Komen/Respon anda?