Sebenarnya aku tak ada idea untuk menulis tajuk yang spesifik. Tapi keinginan untuk update blog sangat membuak-buak. Ok lah, aku cuba untuk menulis.

# Hari selasa minggu lepas aku menerima tetamu dari Kaherah. Mereka berempat dalam sesi lawatan ke Mansurah dan Tanta. Aku menyambut mereka di Kubri Quhafah. Aku sengaja tidak menyambut mereka di Murash-shahah, stesyen bijo. Aku mahu mereka tahu jalan dan datang Tanta lagi selepas ini. Ikutkan hati, aku mahu mereka sampai saja di rumah dengan plan yang aku bagi. Tapi, untuk mengelak kredit habis, terpaksa habiskan tambang sedikit.
# Ambil mereka dan ronda-ronda Tanta, ke Masjid Sidi Al-Ahmadi Al-Badawi, stesyen keretapi dan makan Kuftah di Syarik Bitrowishy. Kemudian ke Fathallah dan bawa mereka pulang ke rumah.
# Jamu syai, chipsy dan datto sebelum mereka merebahkan diri.
# Esok paginya sarapan nasik goreng dengan rendang daging Malaysia sebelum ke Pejabat Imigresen bersama mereka untuk aku selesaikan urusan passport. Alhamdulillah dapat cop, dapat lah visa 1 tahun.

#masuk dgn selamba..

#deretan fakulti

#gambar dpn kuliah tibb asnan

#pulang
# Terus ke Universiti Tanta melunaskan hajat mereka ke sana. Kami masuk dengan selamber dan aku berpura-pura tahu bangunan Fakulti Pergigian (mmg dah tahu sbb sblm tu tengok wikimapia), berderetan bangunan, mula dengan Farmasi, Pergigian dan Perubatan. Kuliah cuti, jadi tak ramai la orang.

#nin dia sembot kuliah syariah..
# Dah turun dari van depan kuliah, kami singgah sebentar di Universiti Al-Azhar Tanta yang terchenta. Ramai orang lalu lalang dalam tu, rupanya ada ujian pemilihan masuk askar mudarag gaded. Mereka berempat pelajar Al-Azhar juga. Mereka tahu bagaimana bilik kelas Universiti Al-Azhar. Jadi tak lah teruja sangat.

#landskap baru adjust kt kuliah syariah

#landskap kuliah syariah
Cuma teruja dengan cat baru yang dikenakan pada bangunan Fakulti Syariah dan Undang-Undang dihiasi dengan landskap yang boleh dikatakan cantik.
# Sebelum beredar jauh dari pagar Universiti, saya mengajak mereka menelusuri jalan sebelah universiti untuk ke rumah kawan mengambil kerang basah. Mereka tidak mahu naik rumah kawan tu, kawan tu tetap jugak sambut di bawah dengan seluaq hawainya. Pon boleeeh.
# Tengahari kami dihidangi kerang masak sambai car. Tak rasa masin, pedas dengan sambai semalam yang dah dimodified tu. Pakat lajak belaka. Mujur kerang tua tu liat, kalau tidak, sekali dengan periuk nasik kena kikih.
# Lepas maghrib bergerak ke Kaherah. Alhamdulillah. terima kasih atas lawatan. mai lagi..

syukran kasiiran ya akhi anas…
insya-Allah,
March 1st, 2010 at 5:47 amkalu ade kelapangan nnti kami g Tanta lg
bwk mmber2 satu bas. ok?
asy-syukru lillah…
boleh2… nk dtg dengan bas? ok.. lagi bagus.. selesa, besar.. eheh
March 2nd, 2010 at 1:23 am