Friday, 10th February 2012
Anas RidzwanPeribadi biasa menginspirasi yang biasa / anasxz

Ucapkanlah Terima kasih

Selalunya yang suka ucap terima kasih ni dari kalangan orang perempuan. Orang lelaki ni jarang sikit ucap terima kasih khususnya bagi perkara yang biasa dan lazim.

Orang perempuan memang cukup peka terhadap ucapan terima kasih ini. Tetapi kenapa tidak lelaki? Entah lah. Mungkin kaum Adam ini tidak sensitif dan memandang ringan perkara-perkara kecil.

Sepanjang pemerhatian aku dan sering juga bermuamalah dengan kaum Hawa ini, ucapan terima kasih menjadi suatu kepekaan bila mereka menerima apa-apa dari kalangan kaum Adam malahan dari kaum Hawa sekalipun. Berbanding kaum Adam yang kekadang malu nak ucapkan terima kasih, baik sesama kaum Adam atau kaum Hawa.

Ucapan antara 2 kaum ini menjadi subjektif dan agak susah mencari solusinya. Cuma, letakkanlah ucapan itu sebagai tanda penghormatan dan penghargaan antara 2 pihak, si penerima dan si pemberi. Bukankah itu lebih baik. Tidak perlu takut dengan ucapan terima kasih ini. Bukan suatu cara terhebat untuk mengorat.

Pelbagai ucapan boleh digunakan, dan bukan sahaja ucapan ringkas ‘terima kasih’ itu. Syukran, Mutashakir, Mutashakir giddan dan sebagainya. Terima kasih kekadang disalah ertikan dan kekadang dijawab dengan ‘kasih tidak diterima’ atau ‘kasih diterima’ atau ’sama-sama kasih’ dan sebagainya.

Jadi untuk lebih suci, murni dan bersih niat dan hati si pemberi ucapan dan penerima ucapan, ucapkanlah dengan lafaz biasa dan serius.

Jom jayakan kempen ‘1bulan 1adabKelab Generasi Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Ucapkanlah terima kasih.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Komen/Respon anda?