
“Ustaz, mintak tolong boleh?, laptop pc desktop bla bla bla.”. Sering ada bila jejak kaki ke Kaherah.
Taksepatutnya saya rasa, ada suara yang memanggil saya USTAZ. Panggilah encik atau cik. Baru lah sesuai dengan profesion saya. *huhuu.. nak termuntah gak klu org panggil encik ni..*. Saya tak bekerja pun, tak dak bisnes kad, tapi tu lah, kekadang seronok, kekadang rasa beban la jugak orang dok tepon-tepon ni, mintak tolong sesuatu. Cuma, bersyukur la juga, boleh buat networking. *Ada makna tu*
Panggilan ustaz di Mesir ini dah jadi budaya. Mungkin istilah tu yang sesuai untuk kita hormat orang melalui panggilan. Untuk wanita dipanggilnya ustazah. Saya pun begitu. Bukan untuk mengatakan bahawa dia ustazah, tetapi panggilan tu saya tahu bahawa ianya adalah satu penghormatan. Kalau member-member, panggil nama saja lah, panggil ustazah apa lagi.
Budaya panggilan abang, kakak, encik, tuan, puan seperti di Malaysia, rasanya kurang sesuai la untuk golongan baru dewasa ni. Melainkan lah untuk mereka yang bekerja di sini, tetamu dari Malaysia, sesuai lah kan. Takkan nak panggil ustaz kat orang yang bertali leher.
Yang nak ceritanya di sini pengalaman bekerja. Macam-macam lah, repair tu repair ni. Lepas selesai, kita jadi puas sebab boleh tolong selesaikan masalah orang. Rasa senang hati.
Kalau tak dak kerja-kerja macam ni, apa cara lain yang saya boleh menyenangkan hati? Nak bergelak sakan tak reti, nak sepak terajang sakit kaki aka kaki bangku, nak berlumba lari tak larat. Yang saya boleh buat itu lah, depan PC, pegang screw driver, sepana, player, tukul gergaji, cangkul, galah. Itu boleh.
Ok. Tak dak masalah nak panggil ustaz pun, Arab pun sama kekadang dipanggilnya begitu. Yang belajar Medic pun ustaz ustazah jugak la. Senang. Nak panggil Doc, belum berani. Kalau nak sama taraf, ana anta anti saja lah.
p/s: Ada apa-apa problem, bagi tau saja, open task ni.
OK. Alfussalam..
Photo : http://www.hardwarezone.com/img/data/articles/2007/2353/compaq_1.jpg

Klau kt Mesia, sya yang blum Puan pn dh dpt panggilan Puan. especially call drpd customer company +.+
April 14th, 2009 at 4:59 amustaz.. ok la tu.. at least kita bz..
dan otak kita takde space untuk fikir mende yg merepek dan menhancuskan hidup kita..
kadang2 .. kita tak sedar, keadaan kita yang bz tu lah menolong kita untuk jadi orang yang berfikiran positif dalam semua perkara.
April 15th, 2009 at 5:16 pmbetul2.
tak la sempat sangat nak pk benda yg merepek.
tp walaupun client tu lain jenis, kita pk wat keja ja la.
tak da nak pk negatif. klu x jadi keja.
April 17th, 2009 at 12:20 am