Saturday, 13th March 2010 | Langgan RSS

Log in

Waktu terbaik untuk menggali ilmu

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Memang pun, sesal ni berlaku selepas sesuatu itu berlaku. Tak akan ada sesal kalau sebelum berlaku.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah kondisi saya di Mesir ni, rasa rugi sangat-sangat tak guna sepenuhnya waktu yang Allah taala bagi tinggal lama di sini untuk gali sebetul-betulnya ilmu Allah taala ni terutamanya ilmu berkaitan syariat.

Saya pula sangat cemburu dengan kawan-kawan  yang menghabiskan masanya dengan belajar dan talaqqi dengan sheikh. Saya rasa mereka lebih puas hati dan hati senang berbanding saya puas hati dengan kerja-kerja yang belum tentu hasilnya di masa akan datang.

Saya fikir, orang-orang muda yang hebat sekarang ni di Malaysia, yang selalu berceramah, bagi kuliah, kursus dan sebagainya di TV, radio, masjid dan hotel adalah orang yang dahulunya di kampus menggunakan waktu dengan menggali sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan. Hasilnya kita dapati mereka sebagaimana apa yang mereka dapati sekarang.

Kini seperti tak seperti dahulu di mana orang yang pergi belajar (talaqqi) dengan sheikh, tok guru, alim ulama di masjid-masjid sekitar Kaherah ni boleh dibilang dengan jari, paling banyak pun 10 peratus. Program ni setiap masa dan memang banyak, hanya kita yang diberi pilihan untuk pilih.

Kita sememangnya boleh dapat lihat perbezaan, antara orang yang all-out dengan mengaji dengan orang yang all-out dengan persatuan. Memang berbeza. Persatuan penting, belajar dengan sheikh pun penting, tapi saya fikir yang lebih penting belajar, persatuan tu silap-silap dalam nombor 10.

Pernah seorang ustaz beritahu, dunia ni kalau dikejar di akan lari, tapi kalau kita tinggalkan dunia, dunia pula akan cari kita. Oleh sebab tu, ulama’ sememangnya tidak kisah dengan dunia sebab bagi mereka dunia datang kepada mereka, mereka senang, bahagia, tenteram, boleh makan cukup, segala keperluan cukup, semua cukup belaka. Tapi kalau dikejar dunia, dunia akan jauh, dah jauh kita kena la kejar lagi, kejar dan kejar selamanya..

Saya mengakui bahawa memang sehingga kini tak dapat menikmati nikmatnya berguru dengan ulama’-ulama’. Entah apa jurang yang menghalang saya membuat demikian. Saya fikir, saya masih belum terlambat. Tidak dapat semua, jangan pula ditinggalkan semua.

Waktu di kampus adalah tempoh terbaik untuk kita gali ilmu. Dah masuk alam kerjaya, ma’assalam lah nak pergi belajar, memang sangat susah.

Tags:

Komen/Respon anda?