
Julai 2010 ini banyak memberi kenangan kepada diri saya. Sebelum ia hilang dari ingatan saya - yang mudah lupa ini - lebih baik saya ukirkan ianya di sini.
Tak pandai pula nak menulis dalam skema begini. Tapi cuba juga hendak menulis. Ok cuba lah.
9 Julai yang lalu, diadakan satu majlis pelancaran buku profil tentang pelajar Malaysia di Mesir. Saya ditugaskan untuk menguruskan teknikal tersebut. Alhamdulillah program berjalan smoothly dan mengambil masa tidak kurang 1 jam. Tak sangka pula program simple begitu, gimik pelancarannya nampak hebat. Program ni memang ‘thumb up’. Tahniah untuk Zaidi dan rakan-rakan.
Tapi sebaliknya berlaku pada 16 Julai, program bengkel keusahawanan berpusing 360 darjah. Kelam kabut dan menjatuhkan maruah saya sebagai ketua teknikal program. Tidak sangka terjadi begitu. Sebenarnya berpunca dari diri sendiri juga yang mengambil jalan mudah dengan ‘buat kerja sorang-sorang’. Untuk mengelakkan dari membebani orang lain, habis rosak kesemuanya.
Namun, Alhamdulillah pada 23 dan 24 Julai, program bengkel penulisan dan seminar ijazah tinggi berjalan dengan baik. Walaupun ada beberapa masalah tetapi dapat diselesaikan dengan baik. Dengan bantuan pelajar Ijazah Tinggi Universiti Malaya yang sedang berkursus di Kaherah, kerja-kerja saya menjadi ringan sangat. Sehinggakan saya hanya menjadi pemerhati. Tak perlu ke sana dan ke sini lagi.
Selain itu, pada 25 Julai dapat pergi ke Fayoum buat pertama kalinya sepanjang tinggal di Mesir selama beberapa tahun. Fayoum adalah sebuah negeri yang terletak di selatan Kaherah. Memang besar sekali Tasik Qarun. Jauh juga perjalanan menelusuri sepanjang tepi tasik tersebut yang airnya bau busuk. Walaupun begitu, tetap juga menjadi sumber rezeki penduduk tempatan. Alhamdulillah. Tanah di Fayoum subur, sebab itu banyak kebun dan tanaman di sana.
Oh, kenangan yang tak patut dikenang pun ada jugak. Tapi tak boleh nak cerita sebab memang hampeh ceritanya.
Terima kasih kepada yang sudi membawa diri masuk dalam kenangan sepanjang Julai ini, juga kepada yang membantu sehingga terciptanya kenangan ini.
Cukuplah kenangan ini menjadi iktibar dan panduan. Manakala yang buruk dijadikan sempadan.
